tadi memg berniat nk update blog tapi entah mcm mna aku boleh tertidur depan baby Dell aku ni . mungkin sebab terlalu letih bergurau senda , bergelak tawa (ada ke ayat ni ? ) , bertepuk tampar dan macam macam ber lagi laa ( tak termasuk bercium ) dekat rumah Mie Dangdut ( kawan kakak aku ) tadi . semalam hari jadi dia yg ke 18 , selamat hari tua Mie , teruskan kerjaya dangdut kau yea ( jgn bunuh aku please ) bila dah terjaga terus tak boleh tidur dah , so aku online laa FB . nmpk page Fynn Jamal naik dekat homepage , hmm dah lama aku tak ushar page dia . terus terang aku cakap , aku memg minat sngt sngt dengan Fynn Jamal , aku adore dengan hasil karya dia , gaya penulisan dia boleh buat air mata aku menitik tup tup tup ( 100% copy dari movie mami jarum ) aku teringin nak jadi macam dia , tapi sayang aku takada bakat :( pertama kali aku kenal Fynn Jamal ni melalui satu rancangan tv . siapa pernah tgok The Hopers ? alaa yg dekat 8tv dlu tu ? pasal budak budak Indi punya music , kat situ jugak aku kenal Yuna , Mohd Jazuan , Bo Amir Iqram ( Bedroom Sanctuary ) dan bnyk lagi laah geng geng Indi termasuk laa Fynn Jamal . waktu ni ramai yg tak kenal diorang so kepada sesiapa yg tgok The Hopers tu maybe kenal laa diorang ni kan .
dlu aku memg gila Indi , dalam PC aku memg semak dengan lagu Indi jea tapi tu semua waktu zaman muda mudi aku laa , time baru nak naik sekolah menengah . entah kenapa minat terhadap muzik Indi tu boleh hilang macam tu jea , mungkin pengaruh daripada kakak aku yg selalu beli CD lagu barat ( ciss salahkan orang jugak ) so jangan tanya laa kenapa aku obses dengan Justin Bieber skrng ni hikhikhik . aku minat tak bermaksud aku agung agung kan dia , aku obses tak bermaksud aku puja dia so tolong jangan salah faham yea . so berbalik kepada cerita asal , minat aku terhadap muzik Indi datang balik lepas aku TERjumpa semula dengan karya Fynn Jamal iaitu lagu 150 Juta , tipu laa kan kalau korang tak pernah dengar lagu tu . aku terlalu obses dengan lagu tu sampai aku ada TERbuat cover untuk lagu tu , tak percaya ? sila click SINI ( ini zaman warna warni ) untuk dengar suara aku yg sumbang tu ( tak click pun takapa ) aku mula follow blog dia lepas tu , semua karya dia memg makan dalam weh , sumpah tak tipu . dia seolah olah dah baca diari aku dan salah satu hasil karya dia yg paling aku suka + adore sngt sngt ialah SUATU PERNAH (sila click title lagu tersebut untuk baca) . tadi aku terjumpa profile FB Fynn Jamal , ternampak album yg dia buat khas untuk letak gambar dia dan suami dia ( yea dia dah kahwin ) sngt sngt sweet ! romantik sngt , semua tu buat aku cemburu . perasaan GATAI nak kahwin pun membuak buak secara tiba tiba (ciss ) tak percaya ? sila click Peri Cenderawasih untuk lihat dengan mata kepala korang sendiri . bertuah dia sebab dapat hubby yg romantik dan penyayang , mereka nampak bahagia sngt sngt , aku doakan mereka kekal hingga ke akhir nyawa , Amin . ishh CEMBURUnya -___- i lalalaLOVE you kakak Fynn Jamal , akak IDOLA saya ;)
*ditype dengan penuh perasaan bangga , kagum serta minat yg mendalam (mata bersinar sinar )
Awwwwwwwwwwwwwwww...!! Lebiyutu!!
ReplyDelete